Quantcast
Channel: Junzie || Life is a Beautiful Struggle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Review Trusted Seller : Photo Key Chain | Rantai Kunci Bergambar dari Engraved Metal Accessories

$
0
0
Assalammualaikum & Hei kau orang !

Fuhh, akhirnya dapat lepaskan gian jejari Ju menaip semula dekat sini. Sejak bergelar ibu ni, kehidupan tu memang berubah 360 darjah. Parenthood life ? NEXT entri Ju kongsi ! Haha. 

Untuk entri kali ni nak share dengan kau orang pasal online shopping Ju. Beli belah hujung jari ni bukan pilihan utama untuk sesetengah orang termasuk Ju tapi bila si Corona datang tanpa diundang, langsung takda pilihan untuk keluar membeli belah melainkan dalam talian. Terkena lagi lepas Ju melahirkan Jasmine Hanani pada bulan Februari yang lepas, bila beli barang bayi terpaksa lah husnuzon  tentang saiz dan warna yang kita nak dalam talian tu sama dengan apa yang kita dapat, erkk !

Salah satu barang bayi yang Ju beli namun lebih kepada kegunaan sendiri sebagai simbolik dengan si kecil ialah Photo Keychain atau Rantai Kunci Bergambar dari Engraved Metal Accessories. Ju jumpa seller ni lepas gigih tapis satu persatu seller key chain yang ada dekat facebook. Seperti seller lain, dia orang tawarkan pelbagai reka bentuk key chain atau rantai kunci ni tapi beza nya pada bahan yang dia orang guna iaitu logam tahan karat berkualiti 304, anti tarnish beserta jaminan tiada perubahan bentuk dan warna. Selain dari tu, perkhidmatan pelanggan dia orang mesra dan sistematik. Tu antara yang buat Ju tertarik untuk buat tempahan dengan dia orang.


Muka Depan

Muka Belakang



Ukuran key chain atau rantai kunci bergambar yang Ju tempah ni ialah 35mm tinggi x 30mm lebar untuk logam, manakala penutup kulit (leather cover) tu pula berukuran 100mm tinggi x 32mm lebar. Bestnya beli rantai berkunci atau key chain dengan Engraved Metal Accessories ni ;

Kau orang boleh pilih nak letak gambar yang berwarna atau hitam putih dekat logam tu. Bagi leather cover tu pula, pilihan warna cuma dua sahaja iaitu Merah dan Hitam. Dan leather tu kau orang boleh ja pilih untuk taknak letak. Harga key chain logam ni TANPA penutup kulit ialah RM 15 sekeping, kalau kau orang nak key chain macam Ju ni pula berharga RM 38 termasuk kos penghantaran.

Ju puas hati sangat bila dapat key chain ni walau terpaksa tunggu dalam jangka masa yang agak panjang disebabkan PKP. Berkualiti dari segi logam dan penutup kulit tu, sebiji sama dengan apa yang seller ni draft kan pada Ju sebelum proceed tempahan.






Dah puas hati tu, Ju decide gantungkan key chain atau rantai kunci bergambar ni dekat beg galas si kecil. Comel kan ? Selain rantai kunci, dia orang ada buat gelang tangan dan loket juga. Kepada kau orang yang nak dapatkan key chain macam Ju ni atau nak bagi sesuatu yang limited edition untuk yang tersayang, boleh lah lawati Seller Engraved Metal Accessories dekat facebook rasmi dia orang.

Stay safe kau orang, jaga jarak sosial tau !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles