Assalammualaikum
Hey kau orang ! Minat tak dengan bidang bakeri atau kulinari ? Dulu masa Ju remaja, minat tu ada sebab ayah Ju kerja sebagai Chef Pastri. Selalu tengok ayah Ju buat kek tapi lama kelamaan minat tu tak sehaluan dengan umur. Umur meningkat tapi minat nak hasilkan kek, roti dengan hasil tangan sendiri tu makin lama makin hilang. So dari situ Ju sedar Ju cuma minat tonton penyediaan bakeri ni tapi bukan sejenis yang minat untuk menghasilkan menu bakeri. Erti kata lain, suka tengok dan suka makan haha ! Kebiasaan rancangan bakeri Ju tonton di saluran Astro 702 Diva Extreme Cake Makers atau saluran 707 TLC seperti Bake Your Rich, Bakers Vs Fakers dan Ridiculous Cake.
Semalam Ju berkesempatan hadirkan diri ke majlis anjuran Promenade Hotel Kota Kinabalu, bersempena dengan musim perayaan Hari Natal iaitu "Have a Sweet Christmas" oleh Selebriti Bakeri Raymond Tan yang berasal dari Melbourne, Australia. Pelancaran majlis ni dirasmikan oleh Tetamu Kehormat - Datin Racheal Anthony Shim, disaksikan oleh media dan rakan-rakan blogger. Part paling seronok bagi Ju bila hadir ke majlis macam ni adalah bila mana Selebriti Bakeri Raymond Tan juga dikenali sebagai Ray Ray dalam media sosial beliau, mempamerkan demonstrasi penyediaan kreatif Cake-Popsicles kepada tetamu yang hadir. Datin pun sporting jadi sukarelawan sepanjang demonstrasi bersama Ray Ray hasilkan Cake-Popsicles sendiri😄
Jika di hitung pelancaran dan kerjasama antara Promenade Hotel Kota Kinabalu bersama Chef Selebriti sebelum ni; tak silap Ju, ini adalah kejayaan kali ke - 4 mereka menganjurkan majlis macam ni di Promenade Cafe, Promenade Hotel Kota Kinabalu. Wow, tahniah !
Selebriti Bakeri Raymond; mengkhususkan diri dalam pembuatan kek dan pencuci mulut. Berpengalaman dalam seni reka bentuk pencuci mulut dan telah mengembara ke Paris, Singapura, Taipei, Bangkok, Jakarta dan Seoul untuk tujuan demonstrasi, bengkel dan kerjasama. Diilhamkan dari pencuci mulut Australia, menu pencuci mulut beliau termasuk Christmoose Cake Popsicles, Upside Down Santa Hat, Spiced Pumpkin Pie dan Candy Cane Wheel Wheel boleh didapati di Promenade Café International Buffet Dinner's sepanjang bulan Disember 2019 ini.
Bagi kau orang yang kurang minat bidang bakeri mungkin tak familiar dengan Ray Ray, so boleh follow Instagram @rymondtn atau lawat website dia dekat https://www.lickedbyrayray.com/ semua hasil tangan Ray Ray yang kreatif dan comel tu beliau kongsi dekat sini.
Selesai demonstrasi penyediaan dari Selebriti Bakeri Raymond, pelancaran semalam juga diikuti dengan "Majlis Menyalakan Cahaya Pokok Krismas" di perkarangan lobi Promenade Hotel Kota Kinabalu yang seterusnya kita orang dihiburkan dengan sesi carols Krismas dari SDA Manggatal. Usai tu, para tetamu di jemput untuk menjamu selera dengan Bufet Makan Malam Kesyukuran di Promenade Café yang disediakan oleh Promenade Hotel Kota Kinabalu.
Tak pernah mengecewakan bila berbicara mengenai bufet bersama Promenade Hotel. Bagi perayaan Hari Natal dan Tahun Baru untuk tahun ni, dia orang menyediakan pakej bufet di Promenade Cafe dengan tawaran harga menarik iaitu :
Christmas Eve Buffet (24 December 2019)
Lunch RM 68 adult | RM 34 children
Dinner RM 138 adult | RM 85 children with party pack
**RM 118 adult for the first 100 bookers**
Christmas Day Buffet (25 December 2019)
Bubble brunch RM 98 adult | RM 49 children
Dinner RM 128 adult | RM 64 children
**RM 108 adult for the first 100 bookers**
New Year's Eve Buffet (31 December 2019)
Lunch RM 68 adult | RM 34 children
Dinner RM 158 adult | RM 79 children with party pack
**RM 138 adult for the first 100 bookers**
New Year's Day Buffet (01 January 2020)
Bubble brunch RM 80 adult | RM 40 children
Dinner RM 98 adult | RM 49 children

![]()
Jika kau orang merancang meluangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga bersama Promenade Hotel Kota Kinabalu musim perayaan ni, boleh join sekali aktiviti dia orang pada 24 Disember - Christmas Eve Countdown "Endless Summer Christmas Night"with party packs dan 31 Disember - New Year's Eve Countdown "Glitters Party" with party packs di Lobby Lounge, Promenade Hotel Kota Kinabalu. Selain tu, Carols Krismas bertempat di perkarangan lobi juga turut akan menghiburkan kau orang pada :
Malah kau orang juga boleh dapatkan pelbagai jenis barangan Hari Natal untuk yang tersayang menerusi Troli Festive Goodies yang terletak di lobi hotel.
Untuk sebarang maklumat Promosi Makanan & Minuman terbaru dan akan datang dari Promenade Hotel, hubungi Promenade Café di Kota Kinabalu di (Tel: 60 88 252 396/265 555 Ext: 5107) dan Peppers Café di Bintulu di (Tel: 60 86 858 888) atau log masuk ke www.promenade.com.my.
Hey kau orang ! Minat tak dengan bidang bakeri atau kulinari ? Dulu masa Ju remaja, minat tu ada sebab ayah Ju kerja sebagai Chef Pastri. Selalu tengok ayah Ju buat kek tapi lama kelamaan minat tu tak sehaluan dengan umur. Umur meningkat tapi minat nak hasilkan kek, roti dengan hasil tangan sendiri tu makin lama makin hilang. So dari situ Ju sedar Ju cuma minat tonton penyediaan bakeri ni tapi bukan sejenis yang minat untuk menghasilkan menu bakeri. Erti kata lain, suka tengok dan suka makan haha ! Kebiasaan rancangan bakeri Ju tonton di saluran Astro 702 Diva Extreme Cake Makers atau saluran 707 TLC seperti Bake Your Rich, Bakers Vs Fakers dan Ridiculous Cake.
Semalam Ju berkesempatan hadirkan diri ke majlis anjuran Promenade Hotel Kota Kinabalu, bersempena dengan musim perayaan Hari Natal iaitu "Have a Sweet Christmas" oleh Selebriti Bakeri Raymond Tan yang berasal dari Melbourne, Australia. Pelancaran majlis ni dirasmikan oleh Tetamu Kehormat - Datin Racheal Anthony Shim, disaksikan oleh media dan rakan-rakan blogger. Part paling seronok bagi Ju bila hadir ke majlis macam ni adalah bila mana Selebriti Bakeri Raymond Tan juga dikenali sebagai Ray Ray dalam media sosial beliau, mempamerkan demonstrasi penyediaan kreatif Cake-Popsicles kepada tetamu yang hadir. Datin pun sporting jadi sukarelawan sepanjang demonstrasi bersama Ray Ray hasilkan Cake-Popsicles sendiri😄
Jika di hitung pelancaran dan kerjasama antara Promenade Hotel Kota Kinabalu bersama Chef Selebriti sebelum ni; tak silap Ju, ini adalah kejayaan kali ke - 4 mereka menganjurkan majlis macam ni di Promenade Cafe, Promenade Hotel Kota Kinabalu. Wow, tahniah !
Selebriti Bakeri Raymond; mengkhususkan diri dalam pembuatan kek dan pencuci mulut. Berpengalaman dalam seni reka bentuk pencuci mulut dan telah mengembara ke Paris, Singapura, Taipei, Bangkok, Jakarta dan Seoul untuk tujuan demonstrasi, bengkel dan kerjasama. Diilhamkan dari pencuci mulut Australia, menu pencuci mulut beliau termasuk Christmoose Cake Popsicles, Upside Down Santa Hat, Spiced Pumpkin Pie dan Candy Cane Wheel Wheel boleh didapati di Promenade Café International Buffet Dinner's sepanjang bulan Disember 2019 ini.
Selesai demonstrasi penyediaan dari Selebriti Bakeri Raymond, pelancaran semalam juga diikuti dengan "Majlis Menyalakan Cahaya Pokok Krismas" di perkarangan lobi Promenade Hotel Kota Kinabalu yang seterusnya kita orang dihiburkan dengan sesi carols Krismas dari SDA Manggatal. Usai tu, para tetamu di jemput untuk menjamu selera dengan Bufet Makan Malam Kesyukuran di Promenade Café yang disediakan oleh Promenade Hotel Kota Kinabalu.
Tak pernah mengecewakan bila berbicara mengenai bufet bersama Promenade Hotel. Bagi perayaan Hari Natal dan Tahun Baru untuk tahun ni, dia orang menyediakan pakej bufet di Promenade Cafe dengan tawaran harga menarik iaitu :
Christmas Eve Buffet (24 December 2019)
Lunch RM 68 adult | RM 34 children
Dinner RM 138 adult | RM 85 children with party pack
**RM 118 adult for the first 100 bookers**
Christmas Day Buffet (25 December 2019)
Bubble brunch RM 98 adult | RM 49 children
Dinner RM 128 adult | RM 64 children
**RM 108 adult for the first 100 bookers**
New Year's Eve Buffet (31 December 2019)
Lunch RM 68 adult | RM 34 children
Dinner RM 158 adult | RM 79 children with party pack
**RM 138 adult for the first 100 bookers**
New Year's Day Buffet (01 January 2020)
Bubble brunch RM 80 adult | RM 40 children
Dinner RM 98 adult | RM 49 children
**RM 138 adult for the first 100 bookers**

Jika kau orang merancang meluangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga bersama Promenade Hotel Kota Kinabalu musim perayaan ni, boleh join sekali aktiviti dia orang pada 24 Disember - Christmas Eve Countdown "Endless Summer Christmas Night"with party packs dan 31 Disember - New Year's Eve Countdown "Glitters Party" with party packs di Lobby Lounge, Promenade Hotel Kota Kinabalu. Selain tu, Carols Krismas bertempat di perkarangan lobi juga turut akan menghiburkan kau orang pada :
- 4 Disember 2019 (7:15 pm - 7:30 pm) SDA Manggatal
- 10 Disember 2019 (3 pm - 3:30 pm) STBells
- 16 Disember 2019 (7:30 pm - 8:30 pm) Children Liturgy of Sacred Heart KK
- 23 Disember 2019 (8 pm - 9 pm) SDA Manggatal
- 24 Disember 2019 (8 pm - 9 pm) / 25 Disember 2019 (12 pm - 1 pm) SDA Likas Seventh Day Adventist
Malah kau orang juga boleh dapatkan pelbagai jenis barangan Hari Natal untuk yang tersayang menerusi Troli Festive Goodies yang terletak di lobi hotel.
Best kan pakej dia orang ? Ju dah share yang menarik dari Promenade Hotel Kota Kinabalu, lepas ni bolehlah kau orang pilih tarikh sesuai di musim perayaan ni untuk makan tengahari atau makan malam bersama yang tersayang. Selamat Hari Natal semua !