Quantcast
Channel: Junzie || Life is a Beautiful Struggle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Review Trusted Seller : Shawl Murah dan Cantik dengan Penghantaran Pintu ke Pintu | Kota Kinabalu, Sabah

$
0
0
Assalammualaikum & Hei Kau orang !

Sentuh bab tudung, dari dulu sampai sekarang ni Ju paling suka kena kan tudung bawal atau shawl. Jenis instant yang sarung-sarung tu tak minat, walau design lawa mana sekali pun tapi suka tengok orang pakai sebab nampak cantik. Berbeza pula bila sendiri pakai, nampak pelik urgh !  Namun, Ju ada juga beli 2 pasang berwarna plain hitam dan biru navy masa mengandung tu untuk kegunaan Ju dekat hospital dan terbaru Ju guna bila bawa anak keluar sekitar rumah. Tudung instant jenis macam ni wajib ada dalam almari Ju tapi bukan pilihan utama untuk digunakan keluar berjalan-jalan HIHI !

Jenama tudung pula, takda yang spesifik. Setakat ni pun kebanyakan tudung Ju, beli dari pasar malam takpun borong dekat instagram atau facebook haha ! Bagi Ju yang penting bukan jenama tapi selesa untuk Ju pakai. Dan dalam aspek pembelian tudung, Ju letakkan minimum harga peribadi untuk Ju beli sehelai tudung tu mestilah tidak lebih dari RM 30 ke atas HOHO ! Lepas dah ada anak ni, minat pakai shawl tu tetap ada walau pada mula nya tu rasa leceh nak sediakan tudung jenis shawl atau bawal ni sebab masih dalam fasa membiasakan diri dengan kehidupan baru dengan si kecil; semua kena cepat. Yang mak-mak mesti faham bab ni kan.

Bila dah sebati dengan rutin anak, pengurusan masa untuk sediakan diri tu pun semakin hari semakin baik. Bila keluar ke mana-mana walau cuma duduk dalam kereta sepanjang PKP yang lepas, tudung shawl atau bawal tetap jadi pilihan Ju. Dengan sistem penghantaran pos yang slow masa PKP, Ju prefer beli shawl dalam lingkungan kawasan berdekatan Ju sahaja. Ramai seller tempatan yang aktif berjualan masa PKP dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran pintu ke pintu, so Ju pun apa lagi. Ambil lah juga peluang membeli belah haha !


Shawl Foil / Pleated & Chiffon Crush Wave dari Putri Ayu - Marketplace Facebook

Shawl Foil RM 18 sehelai

Shawl Foil - Dark Turqoise


Beli belah dalam talian sepanjang PKP untuk entri kali ni, Ju kongsikan dengan kau orang shawl murah dan cantik dengan penghantaran pintu ke pintu untuk kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Shawl yang Ju gunakan dalam gambar atas ni adalah Shawl Foil berharga RM 18 sehelai.  Ju beli dekat Marketplace Facebook dengan Seller Putri Ayu. Seller ni jual pelbagai jenis warna tapi Ju terpikat nak beli 3 warna sahaja iaitu Dark Turqoise, Mauve dan Coffee.

Seller ni sangat mesra alam, dia faham kehendak Ju yang inginkan tudung shawl dengan design berbeza. So, Seller kenalkan Ju dengan Shawl Pleated berharga RM 15 sehelai tanpa corak yang juga datang dengan kepelbagaian warna tapi Ju pilih nak warna Choco. Bagi Ju warna macam ni adalah warna selamat sebab ni pertama kali Ju nak cuba pakai shawl jenis ni. 

Shawl Pleated RM 15 sehelai


Masih dengan Seller yang sama, Ju kemudiannya ditawarkan lagi dengan Shawl Chiffon Crush Wave pula. Corak lebih kurang sama dengan Shawl Pleated di atas namun berbeza dari segi alunan dan jarak antara corak shawl. Jahitan kedua jenis shawl ni seperti yang kau orang boleh nampak, sangat kemas. Bagi Ju sangat berbaloi lah dengan harga bila dapat shawl serapi ini hoho ! Namun nak iron tu bukan biasa-biasa tau, kena pakai iron jenis steam untuk Shawl jenis ni bagi kekalkan corak alunan tu. 

Ju takda iron steam tapi masih nakkan juga shawl ni ! Haha complicated nya jadi perempuan. Untuk Shawl chiffon Crush Wave ni;  warna Dark Purple, Beige dan  Royal Blue jadi pilihan Ju. 

Ukuran setiap shawl ni pula adalah standard labuh biasa bagi penggemar shawl. So senang buat pelbagai design bila adanya shawl labuh macam ni.

Shawl Chiffon Crush Wave RM 17 sehelai

Shawl Chiffon Crush Wave - Beige



Shawl Heavy Chiffon dari ByKasira_Nahar - Instagram

7 helai shawl Ju grab dengan Seller Putri Ayu dan pembelian Ju tak berhenti dekat situ HAHA ! Shawl seterusnya Ju inginkan adalah jenis heavy chiffon. Memang sedia ada dalam koleksi Ju tapi pembelian kali ni untuk dipadankan dengan baju raya sambil tu renew design dan warna hehe. Berlambak juga dekat facebook tapi Ju berkenan dengan Shawl Heavy Chiffon dari Instagram bykasira_nahar

Seperti seller pertama tadi, Seller byKasira_Nahar ni pun sangat ramah. Selesa bila nak sembang pasal shawl dan penghantaran. Ju berkenan nak beli koleksi Kasira Nahar ni sebab shawl Dusty purple tu sesuai sangat dengan set baju ibu anak yang kami guna untuk Aidilfitri. Ju pun jenis yang suka sesuatu yang ringkas apabila melibatkan corak. Bagi design Shawl Heavy Chiffon dari Kasira Nahar ni, Ju sukakan butiran bunga dan manik yang diletakkan di hujung shawl, tak padat.


Shawl Heavy Chiffon RM 20 sehelai

Shawl Heavy Chiffon - Dusty Purple

Untuk ukuran shawl ni, standard seperti yang lain. Boleh adjust labuh dibahagian hadapan bergantung kepada si pemakai. Selain jahitan rapi dan kemas, bagi Ju shawl Kasira Nahar ni ;

  • Mudah Iron
  • Cepat Kering
  • Senang bentuk
  • Labuh 
Status Shawl adalah ready stock untuk kedua-dua seller ni, so bila Ju beli sebelah pagi; dalam sebelah petang dah ada depan pintu hehe. Jimat masa dan tenaga, semua pun di hujung jari. Walaupun macam tu, kebersihan tetap kena jaga. Lepas bertukar tangan dengan runner, Ju pastikan cuci tangan sebelum pegang si kecil semula. Shout out kepada peminat shawl sekitar Kota Kinabalu yang memilih membeli belah dalam talian dan taste lebih kurang sama dengan Ju, Ju rekomen kedua seller ni untuk kau orang hehe. Lawati laman sosial dia orang untuk sebarang kemas kini terbaru.

Stay safe kau orang, jaga jarak sosial tau !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles