Assalammualaikum 💕
Menurut akhbar yang Ju baca sebelum ni, pembinaan projek terowong Sepanggar ni bermula pada 28 Oktober 2010 dan telah disiapkan pada 14 Jun 2015 dengan kos pembinaan sebanyak RM81, 552, 316.29.
Kredit Google Map
Menurut akhbar yang Ju baca sebelum ni, pembinaan projek terowong Sepanggar ni bermula pada 28 Oktober 2010 dan telah disiapkan pada 14 Jun 2015 dengan kos pembinaan sebanyak RM81, 552, 316.29.
Melalui Terowong Berkembar Sepanggar Kali Pertama | Sabah Port Bypass
Terowong Berkembar Sepanggar ni terletak tak jauh pun dari kawasan rumah Ju tapi berlawanan arah so salah satu sebab juga Ju tak selalu lalu dekat sini. Sekali tu pernah lalu masa COD barang jualan Ju sebelah malam dan kena hantar dekat kuarters Tentera Laut diRaja Malaysia (TLDM), Sepanggar. Menurut suami Ju jalan singkat ke sana kenalah lalui terowong Sepanggar ni dan masa tu lah kali pertama Ju lalui terowong ni lepas secara rasmi dibuka kepada pengguna jalan raya pada November 2017.
Kawasan kiri dan kanan sebelum tiba ke terowong sangat sunyi apatah lagi pada sebelah malam, lampu jalan berpasang tapi Ju tak syorkan kau orang terutama wanita bersendirian lalu dekat sini walaupun menggunakan kenderaan. Jika terpaksa lalu berseorangan pun, please jangan berhenti sekiranya ada apa-apa halangan mencurigakan di hadapan. Selagi boleh lalu, kau orang lalu saja. Ju tak kata ada penunggu bagai tapi kawasan terowong berkembar ni pada sebelah malam memang sunyi dan akan ada kereta lalu tapi secara berkala bukan kerap.

Masa nak sampai depan terowong tu menerusi amatan Ju, terdapat dua terowong denagn 4 lorong dan 2 hala (pergi dan balik)
"ala tak panjang pun ni, macam terowong Sembulan kot". Sekali dah masuk dalam tu, "bila nak habis ni ??"
😁 Maklumlah kali pertama masuk terowong guna kenderaan dan untuk perkongsian bersama, panjang terowong Sepanggar ni ialah 600 meter tau bersamaan dengan 2.5 kilometer untuk ke empat lorong tadi. Kawasan Sepanggar ni merupakan kawasan industri, dengan adanya laluan baru menerusi terowong ni sangat memberi manfaat kepada Pelabuhan Teluk Sepangar, aktiviti penghantaran barangan industri di kawasan terlibat juga dapat dipercepatkan malah memberi kemudahan juga kepada warga TLDM dengan memendekkan jarak perjalanan sejauh 6 kilometer berbanding jika kau orang ikut jalan raya yang sedia ada.
Sebelum ni jika nak lalu ke kawasan pelabuhan kena jalan terus dari Kota Kinabalu menerusi kawasan Politeknik, sekarang tak perlu lagi. 10 minit melepasi UITM, kau orang akan nampak papan tanda ke kiri untuk ke Pelabuhan Sepangar menerusi terowong tersebut. Kemudahan terowong ni juga merupakan terowong pertama menembusi bukit di Sabah tau yang mana kewujudan terowong ni juga salah satu alternatif mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan perindusturian dan salah satu usaha yang dapat dibanggakan dan Ju berharap pihak Kerajaan Negeri dan Jabatan Kerja Raya dapat kenalpasti lagi kawasan-kawasan jalan raya yang berpotensi untuk dimajukan sebab dekat Sabah ni memang sangat perlukan perhatian khas pembaikan jalan raya lagi-lagi dikawasan pedalaman.
Baca sini : Menarik di Kota Kinabalu | Akuarium & Muzium Marin, UMS
Kali pertama lalu dekat sini tu Ju tak berkesempatan ambil gambar sebab suasana malam tak berapa membantu kecerahan gambar yang Ju snap. Beberapa hari kemudian, kebetulan nak bawa mak jalan-jalan ke deretan gerai Jalan Salut, Tuaran yang mana popular dengan Lokan Panggang dan Kelapa Bakar, Ju ambil kesempatan lalu dekat terowong ni untuk kali kedua dan ambil gambar sekali sebab mak pun tak pernah lalu terowong ni.
Kau orang yang nak tengok dan lalui sendiri kawasan Terowong Berkembar Sepanggar ni bolehlah rujuk map yang Ju share dekat bawah menerusi Google Map.