Quantcast
Channel: Junzie || Life is a Beautiful Struggle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Traveloka Fly & Win CNY Contest | Percutian Penginapan PERCUMA ke Seoul, Phuket & Langkawi

$
0
0
Assalammualaikum 💕

Ju suka pergi bercuti dan pasti kau orang diluar sana pun nak sangat bercuti jika ada peluang kan. Tapi, halangan bercuti tu sentiasa ada contoh bajet tak cukup lagi, tak pasti masa sesuai nak bercuti atau kau orang nak bercuti tapi tak tahu nak pergi mana sebab dekat Malaysia ni saja banyak tempat menarik nak pergi sampai keliru jadinya nak pilih mana satu ! Ini adalah salah satu masalah Ju hadapi dengan suami Ju 😅

Kau orang nak tak percutian dan penginapan percuma yang dah siap set lokasi bercuti ? Dah tak payah pening nak pergi mana lepas ni. Kalau nak kena follow entri Ju ni sampai habis sebab Ju nak kongsi dengan kau orang macamana nak dapatkan tau. Mention TRAVELOKA mesti kau orang dah maklum kan dengan website tawaran tiket penerbangan tambang murah dia orang ni tapi yang kau orang tak tahu, bermula dari 22 Januari hari ini Traveloka nak bagi kau orang yang bertuah, percutian dan penginapan secara percuma sempena Chinese New Year (CNY 2018) yang bakal tiba ni. 



Traveloka Fly & Win CNY Contest | Percutian Bermalam PERCUMA ke Seoul, Phuket & Langkawi 

Kau orang yang ada masalah bajet tapi nak self rewardkan diri kau orang dengan percutian atau nak bagi hadiah percutian kepada tersayang, Ju sarankan kau orang join contest dari Traveloka ni dan rebut peluang untuk menang. Main game yang disediakan dan kau orang mungkin pemenang bertuah bawa yang tersayang ke 3 buah  tempat menarik ni. Bukan selalu ada peluang macam ni tau ! Fuh.


"Traveloka merupakan Website tempahan tiket penerbangan dan hotel murah yang diyakini dan selamat digunakan dengan tawaran perkhidmatan online 24 jam"

Hadiah Utama : Bercuti ke Seoul, Korea 6 Hari 5 Malam
Orang Malaysia suka ke Korea, betul dak ? Setiap tahun 200, 000 pelancong Malaysia direkodkan ke Korea tau. Penerbangan dan percutian 6 hari ke Seoul, ibu kota Korea ni sememangnya salah satu tawaran hadiah ekstravaganza menarik untuk kau orang rebut. Sarat dengan pemodenan dan bukan hanya dikenali dengan budaya K-pop sebagai alasan untuk berkunjung ke sana, tetapi negara 4 musim ini tentunya menjanjikan keindahan semulajadi yang berbeza untuk percutian musim sejuk, musim bunga, musim panas mahupun musim luruh. Tambahan pula, warisan budaya yang masih dijaga rapi dan pelbagai tempat menarik disediakan disini menjadikan Korea destinasi pelancongan yang harus dilawati ! 

Credit Google



Hadiah Ke - 2 : Bercuti ke Phuket, Thailand 5 Hari 4 Malam
Sebut Phuket dah terbayang keindahan pantai dengan pembentukan semulajadi gua dan batu-batu tinggi. Diberikan dengan pelbagai gelaran kerana keindahannya, "Pulau Syurga" dan "Pearl of South",  Phuket ni merupakan pulau terbesar di Thailand tau. Nak rehatkan minda jauh dari kesibukan bandar, eloklah dapat peluang bercuti ke sini. Pendek kata, "back to nature". Kemesraan penduduk tempatan yang terdiri dari Buddha, Muslim dan golongan nelayan dekat sini juga salah satu tarikan pelancong bertandang tau, jangan hairan kalau kau orang ke sini terjumpa mereka yang petah berbahasa melayu sebab setahu Ju perkataan "Phuket" tu sendiri sebenarnya dari bahasa Malaysia iaitu "bukit". Menginap dekat sini tak perlu risau sebab pelbagai jenis hotel disediakan apatah lagi bercuti bersama TRAVELOKA, sememangnya penginapan kau orang tak perlu risau. Dengan kekayaan warisan budaya dia orang dekat sini yang juga masih di jaga rapi, kau orang berpeluang melihat ciri-ciri budaya Thailand 

Credit Google



Hadiah Ke - 3 : Bercuti ke Langkawi 4 Hari 3 Malam 
Tak pernah sampai ke sini lagi berbeza dengan suami Ju yang dah beberapa kali pergi atas sebab kursus kerjaya sekaligus dapatlah dia jalan-jalan dekat sini. Sebut Langkawi mesti terlintas di fikiran Ju mengenai mitos terkenal Lagenda Mahsuri. Dan kerana lagenda ni jugalah ia menjadi salah satu tarikan menarik dekat sini selain mitos Tasik Dayang Bunting, Mat Chincang dan Mat Raya serta mitos Gergasi dan Burung Garuda. Tahu tak kau orang Langkawi, Kedah menerima kunjungan hampir 3 juta pelancong dari luar dan dalam Malaysia sendiri pada tahun lepas. Sekali gus menjadikan Langkawi salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Fuh. 

"Arrghh ! Tak dapat pegi Seoul atau Phuket, sangkut pegi Langkawi pun Ju nak tau !!" 

Part paling best kau orang shopping dekat sini sebab Langkawi ni bebas cukai, maksudnya kau orang dapat menikmati harga barangan murah berbanding di tempat lain. So dapatlah belanja lebih beli ole-ole untuk keluarga, gitew. Kau orang yang nak habiskan masa dengan alam semulajadi dengan aktiviti sedikit mencabar stamina, kau orang bolehlah jelajah hutan hujan dara yang meliputi hampir seluruh Langkawi, atau kau orang boleh cuba aktiviti scuba diving dekat sini. Kepada kau orang ingin lihat keindahan Langkawi dari tempat tinggi atau nak cabar ketakutan kau orang yang fobia dengan ketinggian, boleh ke Panorama Langkawi SkyCab atau Cable Car dan juga singgah ke Sky Bridge, jambatan tertinggi 700 meter dari aras laut dan tergantung 100 meter dari permukaan tanah yang hanya terdapat di Langkawi 

Credit Google

Menarik kan lokasi percutian yang ditawarkan ! Dengan pelbagai tempat untuk dilawati, kenalah bijak atur masa sepanjang bercuti supaya kau orang dapat lawat tempat-tempat menarik dekat situ. Yang penting PERCUMA dan apa yang kau orang perlu buat untuk dapatkan penerbangan dan penginapan percuma dari Traveloka ni ialah sertai "TRAVELOKA FLY & WIN CNY Contest"

Cara sertai Traveloka Fly & Win CNY Contest
  1. Jadi Follower Traveloka Malaysia Facebook Fan Page
  2. Lawati laman web contest Traveloka menerusi link ini https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest
  3. Log in apps Game tertera menerusi akaun Facebook kau orang
  4. Main game tertera "Traveloka Fly & Win CNY Challenge"& share dekat Facebook. Facebook post kau orang mengenai game ni kena set public
  5. Lengkapkan butiran penyertaan diri kau orang dekat pages pendaftaraan yang disediakan

MUDAH KAN ? Berseronok dengan bermain game dan kau orang berpeluang menang hadiah penerbangan dan penginapan ke destinasi percutian di atas ! REZEKI lebih pula kau orang berpeluang peroleh voucher bernilai RM 1,000 x 2 dengan share mengenai game ni dekat Facebook.

Contest berlangsung dari 22 Januari 2018 - 28 Januari 2018, mula dari sekarang jom.

Dapatkan tiket penerbangan tambang murah kau orang hanya bersama Traveloka dengan lawati website rasmi atau muat turun apps Traveloka di play store kau orang 😘

Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles