Quantcast
Viewing latest article 22
Browse Latest Browse All 94

Menu : Salad Buah Mayonis Mudah Dan Sedap

Assalammualaikum uols !

Alhamdulillah masuk puasa ke 7 hari ni, semoga kita terus istiqamah dalam menunaikan ibadah puasa tahun ni, insyallah😉 Ok pagi ni Ju nak share satu menu yang sangat mudah cuma mengambil masa 10-15 minit untuk siap dengan  rasa yang sangat sedap, tutup mata pun boleh buat uols. Kira pencuci mulut ni dah hari kedua Ju buat berturut-turut dek request suami 💕

Menu : Salad Buah Mayonis Mudah Dan Sedap|| Memandangkan sepanjang Ramadhan ni kami duduk di rumah mama dan abah, kenalah buat lebih. Ju share resepi di bawah ni untuk hidangan 5-6 orang yep 

Bahan-bahan Salad Buah Mayonis :
  • Buah Epal Merah 6 biji
  • Buah Epal Hijau 6 biji
  • Anggur satu pek
  • Buah tin 2 (apa jenis sahaja ikut korang)
  • Makaroni
  • Kismis
  • Mayonis 
  • Susu tin 1 

Cara buat :
  • Potong buah-buahan ikut keselesaan korang nak saiz macamana, Ju lebih suka potong sederhana kecil. Senang nak kunyah memandangkan gigi Ju dah berlubang, tunggu masa nak cabut😅
  • Sementara potong buah tadi, korang rebus makaroni sehingga kembang ikut kuantiti koranglah nak berapa banyak
  • Toskan 2 tin buah yang korang pilih. Ju biasa gunakan buah tin sebagai tambahan dalam salad ni supaya nampak meriah salad Ju, giteww
  • Dah siap potong, masukkan semua buah tadi dalam satu bekas dan gaulkan dengan mayonis dan kismis. Kismis ni kalo korang tak nak letak pun boleh.
  • Susu tin ? Ini Ju letak juga sikit sebab suami nak rasa manis lemak dengan mayonis tu. Ini pun ikut korang lah nak letak atau tak. Kalau tak nak letak boleh ganti kismis sebagai pemanis salad😉
  • Eh !! Makaroni atas gas tu jangan lupa letak pula lepas toskan tau 😁



Dah siap gaul semua tu, siaplah salad buah mayonis korang. Nak rasa lagi sedap bila dikunyah ?? Masukkan dalam peti sejuk sementara tunggu waktu makan. Nyum ! rasa segar dalam tekak tau 😀
Semudah tutup dan buka mata sahaja uols 😘


Viewing latest article 22
Browse Latest Browse All 94

Trending Articles