10 Fakta Psikologi Dan Perkembangan Hebat Mengenai Kanak-Kanak | Pelbagai fakta dapat diperoleh dalam proses pertumbuhan anak-anak. Ia mungkin akan diperngaruhi oleh pelbagai fakto sama ada dalaman ataupun luaran. Perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan fakta psikologi dan perkembangan hebat mengenai kanak-kanak.
1) Anak anda dapat memahami apa yang anda katakan, sebelum mereka mulai berbicara
Dengan hanya mendengar suara ibu bapa, anak kecil sebenarnya telah belajar dengan sangat banyak. Reaksi si kecil mungkin tiada, tak menjawab soalan dan masih tak pandai menyebut apa-apa.
Tapi mereka sebenarnya sudah menyimpan berpuluh hingga ratusan vocabulary ke dalam sistem otak mereka (perbendaharaan kata). Ini semua didapati hanya dengan mendengar suara ibu bapa mereka.
Kanak-kanak akan mempunyai lebih kurang 70- 300 perkataan dalam otak seawal usia dua tahun. Mereka sudah mula faham dengan apa yang dikatakan oleh orang sekeliling walaupun mereka sendiri belum pandai bercakap.
Menurut kajian, ibu bapa yang suka bercakap dan menyanyi untuk anak-anak dapat mengurangkan risiko “delayed speech” ataupun lambat bercakap. Selain itu, dapat mendidik anak untuk mempunyai kawalan emosi yang baik.
2) Pada pre-sekolah umur, anak anda mulai untuk melihat mereka sebagai individu
Sebab tu lah, ada anak tiba-tiba ada rasa kedekut, pentingkan diri sendiri, cepat marah, mengamuk apabila barangnya dikacau dan diambil. Dalam kejadian ini, ada benda positif yang sedang berlaku.
Di sini, anak sedang belajar tentang individuality (keperibadian) atau selfhood (diri sendiri). Mereka juga sedang belajar tentang kesedaran bahawa setiap manusia ni berbeza-beza.
Begitu juga dengan kemahuan dan keperluan setiap manusia yang berbeza. Ini semua merupakan sebuah perkembangan dari sudut kemahiran kognitif (proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektual seseorang kanak-kanak).
Jadi tak perlu risau sangat. Korang cuma perlu ajar anak perlahan-lahan tentang berkongsi dan bertolak ansur. Mengajar ni memang tak mudah. Sebab tu kena perlahan-lahan dan elakkan daripada memarahi anak jika mereka buat perangai ya.
3) Anak anda tidak akan ingat sebarang sebelum umur 3 tahun
Kalau korang antara ibu bapa yang selalu banyak keluarkan duit untuk anak-anak, terutama untuk hari penting seperti hari jadi, baik tangguhkan dahulu. Untuk 3 tahun pertama, anak tidak akan menyimpan apa-apa memori. Korang mungkin boleh merakam pembesaran mereka dalam video atau gambar dan tunjukkan kepada anak di masa kelak nanti.
Otak anak akan mula memproses secara perlahan-lahan apabila masuk usia 4 tahun. Mereka sudah bersedia untuk menghafal dan mengingat sesuatu dengan sepenuhnya pada usia 6 tahun. Seterusnya, mereka akan dapat mencipta teknik atau trick (muslihat) untuk dapat mengingat dengan lebih baik.
Bukan bermaksud korang tak boleh sambut hari jadi mereka pula ya. Senang cakap, setiap pengalaman dan pendedahan yang diberikan kepada anak memang mempunyai kesan yang tinggi terhadap perkembangan anak. Cuma mereka mungkin tidak dapat mengingat setiap pengalaman dengan sempurna.
Oleh itu, korang jangan anggap ini alasan untuk korang buat perkara keji di depan mereka. Contohnya, memukul isteri, bercakap kasar, dan lain-lain. Mereka mungkin tidak akan ingat, tapi ia masih dapat bagi kesan terhadap perkembangan emosi, kelakuan, dan kognitifnya.
Sebagai ibu bapa dan penjaga, korang mesti ingat bahawa setiap perbuatan dan percakapan, anak akan sentiasa perhatikan dan tiru!
4) Otak anak adalah seperti lantern, otak dewasa adalah seperti flashlight
Apa beza lantern (tanglung) dan flashlight (lampu suluh)? Lantern ni menerangi ruang yang luas, tapi samar-samar. Flashlight pula menerangi satu tempat sahaja, tapi sangat terang. Beginilah perbezaan otak anak dengan orang dewasa.
Otak si kecil lebih peka dan lebih nampak semua benda tapi mereka kurang pengetahuan tentangnya. Otak kita pula peka dan nampak satu-satu perkara yang spesifik sahaja. Sebab? Pengetahuan kita lebih tertumpu dengan perkara spesifik itu.
Oleh itu, kita selalu digalakkan untuk belajar macam-macam pengetahuan yang ada di luar bidang kita. Ini untuk membantu otak berfungsi dengan lebih menyeluruh dan meningkatkan kepekaan.
Menurut kajian, orang-orang seni atau orang kreatif sahaja yang dapat kekalkan sifat otak seperti lantern dari kecil hingga dewasa.
5) Perkembangan bahasa & ucapan
Kemahiran bertutur anak berlaku dalam 4 peringkat :
a. babbling stage (menuturkan kata-kata yang tidak boleh dipahami),b. single-word stage (menyebut perkataan satu-satu),c. two-word stage (menyebut dua perkataan), andd. multi-word stage (sudah mampu menyebut perkataan yang pelbagai/ banyak).
Di peringkat babbling, ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk memberi reaksi terhadap setiap bunyi yang dihasilkan oleh anak.
Walaupun bunyi itu tidak dapat difahami, cuba berikan reaksi sebaik mungkin. Setiap reaksi yang diberikan dapat membantu untuk perkembangan dalam kemahiran bertutur, body language (bahasa badan), ekspresi emosi dengan lebih pantas.
6) Program television pendidikan tidak membantu pembangunan intelektual
Menurut kajian, anak tidak dapat belajar banyak melalui tontonan television. Tapi mereka banyak belajar melalui reaksi dan respon yang diberikan kepada mereka. Ini dipanggil hubungan Interaksi Dua Hala. Sistem pembelajaran yang paling mahal, paling bernilai, dan paling berkesan dalam dunia ialah berinteraksi dan bermain dengan anak!
Anak-anak yang menghabiskan masa dengan menonton TV, video, atau gadjet 2-3 jam sehari, berisiko untuk menghadap masalah emotional management (bertindak agresif atau kemurungan), hubungan yang kurang baik dengan orang sekeliling, rendah diri, kemahiran komunikasi yang rendah, dan kelewatan dalam pertuturan.
Tapi kalau nak alihkan perhatian si anak daripada menangis atau semasa kesakitan, masa tu ibu bapa boleh gunakan TV atau screen time sebagai jalan pintas!
Sangat berkesan untuk pindahkan kepekaan otak anak terhadap kesakitan itu kepada skrin dengan serta-merta. Masa ni, bolehlah bagi anak tengok untuk jangka masa yang pendek.
7) Permainan outdoor (luaran) adalah bahagian kritikal dan alam pembangunan anak
Anak-anak yang selalu terdedah dengan aktiviti luaran akan mempunyai kemahiran intelektual yang lebih tinggi berbanding mereka yang selalu duduk di kawasan tertutup sahaja (rumah/bilik).
Pakar perkembangan kanak-kanak menyarankan supaya si anak diberikan hak untuk membuat aktiviti di luar rumah. 1 jam sehari sudah cukup.Outdoor play dikatakan cara paling efektif untuk anak mempelajari life skills (kemahiran hidup) dan untuk kenali potensi dalam diri mereka.
Jadi, kalau mereka balik dengan baju kotor selepas bermain dengan kawan-kawan, jangan korang tengking dan marah pula ya.
8) From age 3–8, children’s brain tissue uses twice as much energy as adult brain tissue
(Dari umur 3-8 tahun, tisu otak anak menggunakan dua kali ganda tenaga seperti tisu otak dewasa). Masa umur ni, jangan hairan kalau anak selalu rasa lapar, haus dan berpeluh. Secara purata, anak yang berumur 5 tahun memerlukan 860 kalori sehari. Separuh daripada tenaga yang digunakan adalah pada fungsi otak si kecil.
Tenaga itu akan digunakan untuk mengadaptasi kemahiran-kemahiran sosial seperti ekspresi emosi, membuat keputusan, dan belajar tentang diri mereka sendiri. Cuba dedahkan anak kepada dunia luar untuk membantu mereka mengenali dan memahami banyak perkara.
Untuk musim pandemik ini, bantu mereka untuk kembangkan pemahaman dan penerimaan orang lain melalui buku dan video yang bermanfaat. Ceritakan satu cerita pendek, dan cuba tanya pendapat mereka tentang cerita tersebut.
9) 1 daripada 8 kanak-kanak yang berumur 6-10, mempunyai masalah pendengaran
Untuk mengelakkan masalah ini, ujian pendengaran ketika bayi perlu dibuat. Ujian ni sangat penting jadi kalau anak korang belum buat, boleh bawa buat ujian ni ya. Banyak masalah perkembangan yang boleh terjadi disebabkan masalah pendengaran dan kurang kesedaran daripada ibu bapa dan penjaga.
Oleh itu, korang mesti jaga decibel (ukuran bunyi) yang selamat untuk persekitaran anak-anak. Elakkan bawa anak ke tempat yang bingit dan mempunyai lebih daripada 85 decibel. Lebih baik mengelak dahulu. Kalau sudah tiba masa yang sesuai, baru dedahkan dengan mereka perlahan-lahan.
10) Pembulian anak boleh mempengaruhi mental, fizikal dan kesejahteraan sosial
Menurut kajian, kes buli ni boleh beri kesan buruk yang lama dalam diri mangsa sehingga berpuluh-puluh tahun. Anak-anak yang suka membuli kebiasaanya adalah mangsa buli!
Oleh itu, mereka akan lebih mudah terjebak dalam gejala sosial, masalah kesihatan, masalah emosi, dan ketidakstabilan kewangan pada masa akan datang.
Selain itu, anak pembuli atau mangsa buli akan lebih cenderung untuk menghidap kemurungan. Ia akan menyebabkan kes bunuh diri. Allahu.. Semoga mendapat perlindungan daripada Allah dan dijauhkan daripada kes-kes seperti ini.
Sampai sini sahaja perkongsian fakta psikologi dan perkembangan anak-anak. Mungkin agak panjang, tapi semua ayat yang digunakan ringan dan senang difahami. Boleh jadikan sebagai pengetahuan umum untuk yang sudah mempunyai anak, atau untuk kegunaan masa depan.