Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Pentingnya Memilih Botol Susu BPA Free! Ini Jawapannya.

Kita sering mendengar orang bercakap mengenai BPA Free. Banyak perkongsian yang menyarankan kita untuk mengambil peralatan-peralatan yang bebas daripada BPA. 

Namun apakah itu BPA Free? Kenapa kita perlu ambil tahu tentang hal ini? Penting sangatkah untuk kita ketahui produk mana yang BPA Free sebelum kita hendak membeli sesuatu produk?

Jawapannya adalah SANGAT PENTING!

Sebagai seorang ibu, kita amat mementingkan tumbuh besar anak-anak agar mereka membesar dalam keadaan yang sihat tanpa ada sebarang komplikasi. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada tumbuh besar anak-anak adalah daripada pemakanan seharian.

Kita perlu menjaga pemakanan anak-anak sejak daripada dalam janin sehinggalah keluar ke bumi. Pemilihan botol susu untuk anak-anak tersangat penting dalam hal ini. Bayi dan kanak-kanak banyak minum susu botol. 

Ada juga ibu-ibu yang ingin mengajar anaknya minum botol susu instead of susu ibu. Dalam erti kata lain, penting sangat untuk ibu-ibu di luar sana memilih botol susu BPA-Free!

Apakah itu BPA?

BPA atau nama penuhnya Bisphenol A merupakan bahan kimia yang dicampurkan dengan bahan kimia lain untuk menghasilkan plastik yang lebih kuat dan tahan lama. Biasa digunakan pada beragam produk konsumer salah satunya botol bayi.

BPA banyak kita temui dalam produk-produk plastik dan dalam tin yang disapu di permukaan dalam tin agar makanan tin tahan lebih lama.


Apakah kesan botol susu yang mengandungi BPA kepada anak-anak?


Setiap bahan kimia mempunyai implikasinya yang tersendiri. BPA merupakan bahan kimia yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Kita banyak didedahkan tentang pemilihan produk-produk makanan yang bebas BPA.

Kehadiran BPA dalam botol susu adalah berbahaya untuk kesihatan bayi dan kanak-kanak. Menurut kajian, pendedahan kepada BPA boleh menyebabkan implikasi yang buruk terhadap otak dan kelenjar prostat bayi dan kanak-kanak.

Selain itu, pendedahan terhadap BPA juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku kanak-kanak. Tambahan lagi, BPA ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, diabetes type 2 dan penyakit jantung. Maka, penting untuk kita mengambil botol susu yang bebas daripada BPA!


Bagaimana cara seorang ibu mengelakkan ataupun mengurangkan pendedahan terhadap BPA?


Ada beberapa tips untuk ibu-ibu untuk mengelakkan daripada terdedahnya dari BPA.

Pertama, sebelum melakukan pembelian, pastikan memilih botol susu yang mempunyai tanda BPA-Free. Ibu-ibu perlu alert, teliti dan baca informasi yang ada pada botol susu tersebut. Bukannya main ambil saja.

Kedua, menukar botol susu setiap 3 bulan. Ibu-ibu kena ingat lama mana botol susu anak-anak. Kalau rasa-rasa dah lama dah botol susu anak-anak cepat pergi beli baru. Kasihan anak-anak yang tidak tahu menahu terdedah kepada risiko penyakit berbahaya.

Ketiga, elakkan"steriliser"botol susu dengan kerap. Hal ini demikian kerana botol susu yang terdedah dengan haba yang sangat panas akan menyebabkan BPA released dengan kadar yang lebih cepat.

Keempat, gunakan bahan pencuci organik khas untuk botol susu anak-anak. Pencuci pinggan mangkuk yang ada di dapur sifatnya menghakis. Kalau ibu-ibu menggunakannya untuk mencuci botol susu anak-anak dikhuatiri akan menyebabkan implikasi lain sekiranya botol susu tersebut tidak dibasuh dengan baik.

Yang terakhir, sebolehnya gunakanlah botol susu stainless atau kaca. Walaupun agak mahal daripada botol susu plastik namun pelaburan ibu-ibu di luar sana berbaloi demi tumbuh besar anak-anak yang baik dan lancar.



Kesimpulannya, sebagai seorang ibu penting untuk sentiasa memastikan makanan yang masuk ke dalam perut anak-anak kita bersih daripada kotoran dan bahan-bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan dan pertumbuhan anak-anak. Anak-anak sihat kita pun turut bahagia.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 94