Quantcast
Channel: Junzie || Life is a Beautiful Struggle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik

$
0
0

Assalammualaikum & Hai Kau orang 

Siapa saja tak kenal pengasas kosmetik adik beradik The Melvins iaitu Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin yang trending pada tahun 2019 dengan produk kecantikan pertama mereka, lip matte edisi terhad yang boleh didapati dalam 4 warna pilihan dan krim foundation dengan harga mampu milik. Sejak tu, pelbagai jenis produk kosmetik lagi dia orang tawarkan dan edisi terbaharu untuk tahun ni sempena Aidilfitri 2021 adalah "Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition" 

Menggunakan tagline #SatuKekasihCukupKe bagi produk dia orang, Ju pada awalnya tak sangka pula itu adalah produk kosmetik. Sesuai dengan keadaan semasa, strategi marketing pun kenalah kreatif untuk tarik pelanggan lagi-lagi yang baru berkecimpung dengan dunia perniagaan. Syatilla Melvin ni dah kira ada pelanggan dia tersendiri yang terdiri dari peminat dia sebab bermula dari dunia hiburan, pengaruh artis pun salah satu sebab pelanggan berpusu-pusu nak cuba sesuatu produk tu tapi dek terlalu banyak kosmetik yang hampir sama di pasaran, kadang kala buat pelanggan keliru nak pilih mana yang terbaik.

 Oleh tu, perbezaan dari segi kandungan produk dan ciri-ciri tersendiri juga amat penting untuk menarik pelanggan. Apa yang membezakan kosmetik Kekasih by The Melvins dengan produk lain ? teruskan bacaan kau orang tau dekat bawah ni.





Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik

Keunikan paling ketara produk kosmetik The Melvins ni adalah pada nama setiap produk dia. Sentiasa berkaitan antara satu sama lain dan berpasangan, sesuai lah dengan manusia yang berkasihan diciptakan berpasangan. Haa gitu pula hiks.

Eksklusifnya Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition by The Melvins bukan setakat pada bungkusan tetapi didatangkan sekali dengan Eyelash  Curler berwarna keemasan ! Sesuai sangat di jadikan koleksi peribadi atau berikan sebagai hadiah untuk mereka yang tersayang lagi-lagi nak dekat raya ni, sweet sungguh !  Antara kelebihan menggunakan Hijab Mata Kekasih Maskara ni ialah :

  • Melebatkan bulu mata
  • Melentikkan bulu mata
  • Mata lebih terserlah dan memukau
  • Kesan Big eye
  • Mudah tanggal
  • Kualiti fiber
  • Tidak menghitamkan bawah mata
Sangat mudah nak bersihkan, pendek kata wuduk friendly. Cuma basahkan atau bersihkan wajah kau orang seperti biasa dan beberapa saat, Hijab Mata Kekasih Mascara tadi dapat ditanggalkan dengan jejari. Wooww !

Set ni boleh dimiliki dengan harga RM 43 SS dan RM 39 SM. Ekonomik kan ? 





Lip Matte Kekasih Setia | Kekasih Selamanya by The Melvins

Seperti yang Ju sebut di atas tadi, setiap produk The Melvins dikeluarkan berpasangan. Rasanya dah jimat banyak dekat situ, harga berpatutan siap dapat combo pula. Malah warna-warna seperti lip matte yang diketengahkan pun sangat trendy dan up to date. Bagi kulit wajah sensitif atau masalah bibir kering sangat berhati-hati memilih kosmetik tapi dengan The Melvins kau orang tak perlu risau kerana kandungan setiap produk menggunakan bahan semula jadi dan bebas bahan kimia serta paraben. Lip Matte Kekasih by The Melvins; ia nya mengandungi minyak Argan, Vitamin E dan Shea Butter. Dah tak perlu risau masalah bibir kering bila pakai lip matte lepasni. 

Lip Matte Kekasih Setia dihadirkan dengan warna Bella dan Luna. Nampak sama tapi berbeza. Ju dah try guna, sangat ringan macam tak rasa pun pakai lip matte. Tekstur berupa cecair dan nampak basah tapi bila dah apply beberapa saat dah jadi matte dekat bibir. Wajah pun nampak natural tanpa perlu mekap yang tebal, bukan saja bibir tampak berseri malah turut merawat masalah bibir kering dan tidak menghitamkan bibir. Bau pun beraromakan Vanilla tau.



Lip Matte Kekasih Selamanya pula mengetengahkan warna Rose dan Ruby. Cantik kan warna ni ! Juga ringan dalam bentuk cecair tetapi menampakkan kesan matte beberapa saat selepas apply. Langsung tak rasa melekit pun malah turut memilik bau Vanilla, rasa selesa dan fresh bila pakai. Lip matte ni turut merawat masalah garis halus pada permukaan bibir. Tahu tak Set ni cuma berharga RM 43 SS dan RM 39 SM. Berbaloi sangat !

Dengan Kekasih The Melvins bukan saja nampak cantik semula jadi malah turut merawat kulit kau orang. Dah lah semua warna lip matte cantik, harga pun berbaloi. Set Kosmetik mampu milik oleh wanita diluar sana, semuanya bebas bahan kimia. Nak dapatkan Kekasih The Melvins untuk kelihatan cantik semula jadi Aidilfitri nanti ? Ada pelbagai warna pilihan dan produk lagi kau orang boleh pilih bersesuaian dengan peribadi masing-masing. Butiran lanjut, bolehlah terus hubungi :

Facebook Nor Azlina Roslin | Instagram @Azlina.rr | Whatsapp 010 957 4896


Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles