Assalammualaikum & Hei Kau Orang
Pertama kali dengar pasal Yoodo dari kalangan kaki gamers PUBG. Ju bukan kaki gamers tapi dikelilingi dengan pemain-pemain PUBG sebab tu familiar dengan nama Yoodo sebagai penaja permainan trending ni sekitar 2018.
Tak terlintas nak ambil tahu lebih lanjut mengenai Yoodo masa tu sebab kurang terdedah dengan pelan data yang dia orang sediakan, ingatkan untuk kaki gamers saja yang dapat kelebihan bila apply Yoodo. Dan fikir masa tu, elehh tak kisah lah berapa harga pelan data sekarang ni. Takda hal pun nak bayar. Bila hadap pandemik ni, baru mula berkira nak bayar bil telco sendiri sampai terkakai-kakai cari yang lebih murah untuk kepuasan tanpa had bila layari internet huhu.
Mengenai YOODO
Yoodo bukan sekadar penaja dan tulang belakang sukan dalam talian. Yoodo merupakan telco yang beroperasi sebagai perkhidmatan digital mudah alih pertama memberikan kawalan sepenuhnya kepada pengguna untuk memiliki dan mengubahsuai pelan mudah alih sendiri tanpa sebarang caj tersembunyi dan tanpa kontrak
Kau orang bebas menentukan jumlah data internet, bilangan panggilan telefon dan SMS mengikut keperluan bulanan masing-masing. Tak cukup data, kau orang sendiri buat adjustment nak data berapa banyak tanpa risau caj tambahan. Paling best tu, tak perlu tunggu hujung bulan nak tukar atau upgrade data, kau orang boleh lakukan penukaran atau penambahan data pada bila-bila masa dan dimana saja bila kau orang perlukan.
Bernaung dibawah CELCOM, semestinya Yoodo juga memiliki rangkaian yang kukuh. So kalau tempat kau orang line CELCOM memang cun, line Yoodo pasti cun juga. Bukan saja berfungsi sebagai penaja permainan trending PUBG. Yoodo turut menawarkan pelbagai aplikasi muat turun percuma dan menyediakn product offering, features dan add ons untuk permainan game, percutian serta hiburan. So just install mana yang kau orang nak sesuai dengan keperluan dan minat masing-masing
Raikan Penghujung Tahun 2020 bersama Yoodo !
Beberapa hari lepas, Ju berpeluang bertemu Mr Chow Tuck Mun, CEO Yoodo menerusi meeting dalam talian berkenaan pakej Yoodo, siri promosi serta peraduan yang dia orang sediakan untuk pengguna baharu dan pengguna sedia ada bagi raikan penghujung tahun 2020. Mula tu rasa cuak sebab meeting dengan CEO tau ! Sepanjang talk tu, makin lama makin selesa sebab CEO sangat santai dan nampak friendly berbanding dari apa yang Ju bayangkan haha !
"2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat tetapi Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami. Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami"
Chow Tuck Mun | Ketua Yoodo
HO! HO! Holiday Giveaway
Raikan penghujung tahun 2020 bersama Yoodo dimulakan dengan kempen musim perayaan HO! HO! Holiday Giveaway yang akan memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah sepanjang bulan Disember iaitu Apple iphone 12pro, Samsung Galaxy S20 plus, Apple Airpods pro dan In-game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang
Nak jadi salah seorang pengguna bertuah miliki hadiah gempak ni ? Kau orang cuma perlu berbelanja sebanyak RM 50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Syarat bergantung pada kategori juga, so pastikan kau orang ikut syarat-syarat yang diberikan, mana tau tuah milik kau orang kan hikhik. Kempen ni berakhir pada 31 Disember 2020.
Raikan Wira-Wira Kita
Yoodo memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan melalui inisatif Raikan Wira-Wira Kita istimewa untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo. Mereka akan menikmati kredit Boost sebanyak RM 30 PERCUMA yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka dimana Inisiatif khas ini bermula pada 7 Disember sehingga 31 Disember 2020.
Menerusi kempen ini, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang terutamanya mereka yang bertugas jauh dari kediaman.
"Yoodo berterima kasih atas usaha gigih petugas barisan hadapan sama ada mereka Pakar Perubatan, Polis atau Penghantar Makanan yang berani menanggung risiko menghadapi virus tersebutuntuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu. Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini"
Chow Tuck Mun | Ketua Yoodo
Raikan Penghujung Tahun 2020 bersama Yoodo bertambah meriah dengan pengumuman promosi baharu Yoodo - Double Special. Bagi masa yang terhad, para pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan, fuhh ! Dengan Promosi baharu ni, kau orang menikmati gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB dengan harga RM55 dibawah pelan yang disyorkan. Kau orang bebas mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan kau orang sendiri mengikut keperluan masing-masing, best kan ! Pengguna Yoodo hanya perlu memilih senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi Yoodo apabila kau orang mendaftar dan menyesuaikan pelan data.
Selain daripada promosi sepanjang musim perayaan bersama Yoodo, kau orang patut tahu jugak mengenai pelancaran Yoodo 2.0 - Lebih Pilihan, Lebih Kawalan dan Lebih Kuasa. Kelebihan Yoodo 2.0 ni adalah seperti berikut :
- Yoodo Unlimited - Kau orang pilih sendiri tahap kelajuan internet, kuota hotspot, panggilan suara dan SMS. Pengguna Yoodo Unlimited juga akan menerima minit panggilan suara percumadan kuota hotpsot percuma sebagai sebahagian daripada pakej Yoodo Unlimited
- Renew Anytime - Pengguna bebas memperbaharui pelan data mudah alih pada bila-bila masa kau orang perlukan. Tak perlu tunggu hujung bulan, kau orang boleh upgrade on the spot
- Power Pass - Add-On yang memberi kau orang data berkelajuan tinggi dalam masa terhad iaitu 100GB data tambahan dengan harga hanya RM 2, berpatutan sangat dengan maximum connectivity !
- Yoodo Rewards - Dengan setiap pembelian 10 Add-Ons, Yoodo rewardkan kau orang dengan 1 Add-Ons percuma tau. Siapa saja yang tak suka reward ? dapat percuma 1 pun dah cukup bagi kita rasa gembira tu milik kita selamanya haha.
Add-Ons merupakan Additional data pocket iaitu pilihan tambahan kepada pengguna tanpa mengganggu data pelan sedia ada.
- Gaming - Aplikasi Call of Duty Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang memberikan 20GB data kepada pemain dengan harga RM5 sahaja. Malah, Add-Onterbaru ni turut merangkumi permainan trendy yang lain seperti PUBG MOBILE dan Arena Of Valor
- Entertainment - Duduk rumah semasa pandemik tak membosankan dengan Add-On TikTok, Viu, Dimsum, Astro go dan Joax yang disediakan oleh Yoodo
- E-Dagang - Kini semua memilih untuk shopping atas talian, Add-On Boost oleh Yoodo memberi kemudahan maksimum kepada pengguna untuk semua keperluan membeli belah.
Nak jimatkan perbelanjaan telco dan tambah keperluan data tanpa bayar lebih dari yang kau orang guna ? Jadi pengguna bijak. Kuasa di tangan kau orang tau, YOODO it now ! Download aplikasi Yoodo sekarang. Untuk maklumat lebih terperinci, layari laman web dan laman media sosial Yoodo