Assalammualaikum💕
Mengenali komuniti Sabah bukan sahaja dari dialek pertuturan namun kau orang boleh juga kenali ciri-ciri seseorang Sabahan ni dari perilaku dia orang. Kita digalakkan untuk saling kunjung mengunjungi dan tidak memilih latar belakang dalam mengeratkan sillaturahim sekali gus kau orang pun dapat belajar perkara mengenai budaya yang berbeza dari rakan-rakan kau orang. Belek-belek whatsapp semalam Ju nampak satu perkongsian dari seorang rakan Ju ni mengenai tips mengenali seseorang tu Sabahan. Ju berasal dan lahir di Kota Kinabalu, Sabah. Jadi bila ada tips macam ni kira menarik hati juga nak baca 😂
Baca senarai di atas buat Ju senyum sendiri dan YES ! Ju sokong untuk point 1,2,3,5,7,8,9,10 berbanding point 4. Sebut point 8 tu ikut juga mulut Ju muncung memanjang ! 😂 Ini memang fakta, satu masa dulu memang trend sebut tunjuk arah macam ni.
Sabah sahaja terdiri dari 19 etnik yang Ju tahu dimana majoriti ialah Kadazan/Dusun yang mana kebanyakannya telah pun berkahwin campur, memperkembangkan lagi etnik yang sedia ada di Sabah. Etnik yang pelbagai ni juga berbeza dialek mengikut daerah kau orang tinggal. Bukan semua sama dialek tau. Perkahwinan etnik antara babah Ju dari Dusun Kuala Penyu dan bonda dari Bisaya Beaufort, jadikan kita orang 4 beradik berbagi etnik iaitu kakak dan abang ikut etnik bonda manakala Ju dan adik bongsu ikut etnik sebelah babah. Tapi sayangnya komunikasi tradisional bahasa dusun dan bisaya kita orang tak pandai cuma faham sebab dekat rumah 100% kita orang gunakan bahasa pasar sebagai bahasa komunikasi. Antara etnik yang kau orang perlu tahu di sini ialah :
Kau orang Sabahan ? Etnik mana satu, share jom !
Mengenali komuniti Sabah bukan sahaja dari dialek pertuturan namun kau orang boleh juga kenali ciri-ciri seseorang Sabahan ni dari perilaku dia orang. Kita digalakkan untuk saling kunjung mengunjungi dan tidak memilih latar belakang dalam mengeratkan sillaturahim sekali gus kau orang pun dapat belajar perkara mengenai budaya yang berbeza dari rakan-rakan kau orang. Belek-belek whatsapp semalam Ju nampak satu perkongsian dari seorang rakan Ju ni mengenai tips mengenali seseorang tu Sabahan. Ju berasal dan lahir di Kota Kinabalu, Sabah. Jadi bila ada tips macam ni kira menarik hati juga nak baca 😂
10 Easy Ways to Identify a Sabahan
- "BAH" is the trademark for any Sabahan
- They use their lips to point for direction😘
- "ANU" is a popular vocabulary
- Every main meal must be eaten with a soup
- It's a common for a lady to be called "Amoi" or "Mandak"👩
- Psssssstttt .. is how you call the waiter/waitresses at a Kedai Kopi
- THE BOSS is anyone. They address someone as "boss" out of respect or if they're unsure what to call a person 😎
- If people ask for direction, they would say "Just go straight ahead"👉
- They measure distance by stretching the word e.g "Saaaaanaaaa Ranau"
- They all love to sing karaoke. Well most of them
![]() |
KREDIT : GOOGLE IMAGE |
Sabah sahaja terdiri dari 19 etnik yang Ju tahu dimana majoriti ialah Kadazan/Dusun yang mana kebanyakannya telah pun berkahwin campur, memperkembangkan lagi etnik yang sedia ada di Sabah. Etnik yang pelbagai ni juga berbeza dialek mengikut daerah kau orang tinggal. Bukan semua sama dialek tau. Perkahwinan etnik antara babah Ju dari Dusun Kuala Penyu dan bonda dari Bisaya Beaufort, jadikan kita orang 4 beradik berbagi etnik iaitu kakak dan abang ikut etnik bonda manakala Ju dan adik bongsu ikut etnik sebelah babah. Tapi sayangnya komunikasi tradisional bahasa dusun dan bisaya kita orang tak pandai cuma faham sebab dekat rumah 100% kita orang gunakan bahasa pasar sebagai bahasa komunikasi. Antara etnik yang kau orang perlu tahu di sini ialah :
- Dusun
- Kadazan
- Rungus
- Bisaya
- Lotud
- Kadayan
- Iranun
- Bajau
- Lun Bawang
- Orang Sungai
- Minokok
- Idaan
- Dumpas
- Rumanau
- Brunei-Malay
- Mangka'ak
- Kwijau
- Tambanuo
- Maragang