Quantcast
Channel: Junzie || Life is a Beautiful Struggle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Makan-Makan : Mee Tauhu Sedap, Jalan Politeknik

$
0
0
Assalammualaikum💕

Beberapa kali ke sini bersama suami atau pun family, Ju kongsikan dengn kau orang mee tauhu sedap yang ditawarkan dekat barisan restoran yang terdapat di Jalan Politeknik Kota Kinabalu ni. Jika kau orang follow entri Ju dekat sini Makan-Makan : Sedapnya Ngiu Chap ! @ Kedai Kopi Nyuk Pau Baru 2, Manggatal lokasi sama sahaja dengan Restoran Mee Tauhu Sedap ni cuma berbeza blok.


Bagi kau orang yang tak tahu, mee tauhu ni bagai satu kewajipan menu sarapan bagi masyarakat Tawau, Sabah dan dipercayai menu ni juga bermula dari sana dan mula menular ke kawasan Kota Kinabalu menerusi masyarakat Tawau yang duduk dengan sini kemudian dijadikan salah satu sumber rezeki bagi sesetengah restoran yang terdapat di Kota Kinabalu ni. Nampak menu ringkas tapi bukan semua restoran di Kota Kinabalu menawarkan menu ni tau.

Makan-Makan : Mee Tauhu Sedap, Jalan Politeknik

Bersesuaian dengan nama Restoran Mee Tauhu Sedap, menu ringan yang sesuai untuk sarapan pagi ni sememangnya sedap ! Seperti kau orang boleh nampak bahan yang digunakan cuma mee goreng, tauhu bersama kuah dan sambal dimana bagi Ju paling penting untuk menonjol ialah kuah tauhu. Jika kuah tauhu tu tak sedap, maka cacatlah rasa keseluruhan menu ni. Itu bagi pendapat Ju, tak tahulah bagi penggemar mee tauhu yang lain 😉 

Restoran Mee Tauhu Sedap dekat sini menawarkan 5 jenis menu mee tauhu dengan harga berbeza iaitu
  • Mee Tauhu Biasa (Tauhu Sumbat + Tauhu Putih) RM 5.00
  • Mee Tauhu Luar Biasa (2 tauhu sumbat) RM 5.50
  • Mee + 1 Tauhu Putih RM 3.00
  • Mee + 2 Tauhu Putih RM 4.50
  • Mee + 1 Tauhu Sumbat RM 3.50


Mee Tauhu Biasa (Tauhu Sumbat + Tauhu Putih RM 5.00
Mee Tauhu Luar Biasa (2 Tauhu Sumbat) RM 5.50
Tekstur dalam tauhu sumbat


Pilihan suami seperti biasa cuma Mee Tauhu biasa dengan minuman air bandung manakala Ju pula memilih Mee tauhu luar biasa dengan lemon suam. Berbaloi tak hidangan makanan dekat sini dengan harga ? Yes ! Kau orang pun mesti singgah tau 😀 Bagi kau orang yang tak mahu makan mee tauhu, menu lain pun  ada juga dekat sini dari jenis bergoreng hingga ke jenis menu nasi campur.

Jika kau orang rancang bawa family atau rakan-rakan dalam kuantiti ramai, jangan risau. Ruang meja dan kerusi dekat sini banyak pilihan untuk kau orang pilih. Dengan ruang makan yang selesa dan makanan yang sedap, memang rasa berbaloi untuk cuba sendiri dekat sini. 

Mee Tauhu Biasa (Tauhu Sumbat + Tauhu Putih) RM 5.00
Mee Tauhu Luar Biasa (2 tauhu sumbat) RM 5.50
Bandung Sejuk RM 2.00
Lemon Suam RM 2.50

Jumlah : RM 15.00

Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles