Assalammualaikum 💕
Alhamdulillah rezeki semalam dapat satu minuman botol soda dari teman sekerja Ju. Masuk minggu kedua ni tak berapa banyak kerja filing perlu dilakukan tapi kerja-kerja diluar jangkaan melibatkan aduan ni memang kita tak boleh nak elak. Rasanya Ju tak pernah kongsi dengan kau orang secara spesifik kerjaya Ju kan. Pendek kata, kerjaya Ju ni multitask HAHA
Ok sambung cerita dengan pemberian botol soda dari kawan sekerja Ju ni, pertama kali juga Ju tengok minuman soda Bundaberg Brewed Drinks dengan perisa Pink Grapefruit. Suka tengok perincian botol ni, mengingatkan Ju dengan botol minuman kaca Sunkist dulu-dulu. Sebotol ni mengandungi 375ml bersama kandungan protein, tenaga, karbohidrat dan sodium dalam jumlah terkawal.
Minuman soda perisa Pink Grape fruit ni diperbuat daripada buah sitrus subtropika dimana proses pembuatannya memakan masa 2 hari untuk mengestrak rasa yang maksimum. Tahu tak korang, minuman ni tak menggunakan sebarang pewarna tiruan tau ! Pewarna tambahan semulajadi yang digunakan ialah Purple sweet Potato dan Lycopene (tomato) Manakala untuk kandungan yang digunakan dalam Pink Grape Fruit ni ialah
Oleh sebab tak pernah nampak dan tak pernah dengar, Ju cuba cari dalam google mengenai minuman ni dan apa Ju dapat ? Jom Ju kongsikan dengan kau orang juga
"Bundaberg Brewed Drink merupakan syarikat minuman soda yang berada di Bundaberg, Queensland. Di tubuhkan sejak 1960 dan dikendalikan oleh keluarga yang berasal dari Australia dimana sejak 2006, syarikat ini telah pun mengeksport minuman soda mereka ke 32 negara. Pengasas Bundaberg Brewed Drink ialah Keith Nielson namun dioperasikan sepenuhnya oleh keluarga Flemming pada tahun 1968 dimana Cliff Flemming merupakan pengerusi syarikat tersebut."
Sumber : Wikipedia.org

Carbonated water, Cane Sugar, Pink Grapefruit Juice, Pink Grapefruit brew (Water,sugar, Pink Grapefruit Juice Concentrate, Yeast)
Flavours, Citric acid, Antioxidant
Oleh sebab tak pernah nampak dan tak pernah dengar, Ju cuba cari dalam google mengenai minuman ni dan apa Ju dapat ? Jom Ju kongsikan dengan kau orang juga
"Bundaberg Brewed Drink merupakan syarikat minuman soda yang berada di Bundaberg, Queensland. Di tubuhkan sejak 1960 dan dikendalikan oleh keluarga yang berasal dari Australia dimana sejak 2006, syarikat ini telah pun mengeksport minuman soda mereka ke 32 negara. Pengasas Bundaberg Brewed Drink ialah Keith Nielson namun dioperasikan sepenuhnya oleh keluarga Flemming pada tahun 1968 dimana Cliff Flemming merupakan pengerusi syarikat tersebut."
Sumber : Wikipedia.org
Ginger Beer, Lemon/Lime & Bitters, Sarsapilla/Root Beer, Burgundee, Peach,
Pink Grapefruit, Guava, Blood Orange, Passionfruit, Apple Cider, Traditional Lemonade, Pineapple & Coconut
(3 jenis minuman soda diet dari syarikat Bundaberg)
Tengah godek-godek Wikepedia mengenai minuman soda ni, Ju terbaca juga mengenai prosedur pemprosesan yang dilakukan oleh syarikat Bundaberg untuk semua jenis minuman soda mereka dimana meliputi 5 langkah penting iaitu
- Grinding the Ginger - Mengisar halia dimana halia yang digunakan diperolehi dari kawasan Queensland. Dikeringkan dengan menggunakan proses semulajadi untuk mengekalkan rasa dan kualiti halia kemudian di proses sehingga menjadi serbuk
- Making the ginger wort - Serbuk halia tadi kemudiannya melalui proses penambah perasa iaitu campuran gula dan air.
- Fermenting with yeast - Halia tadi kemudiannya melalui proses penapaian yis semula jadi untuk mengestrak rasa halia tersebut dengan lebih berkualiti
- Maturating the ginger beer - Selepas proses bersama yis, halia tadi akan di tapis dengan kuantiti tertentu untuk meninggalkan sejumlah kecil halia yang penting dalam memberikan rasa tambahan untuk proses selanjutnya. Minuman halia ini kemudian disimpan dalam tempoh masa tertentu untuk tujuan mematangkan rasa dan kualiti, macam tapai gitu lebih kurang yang Ju dapat faham 😂
- Making it ready to drink - Tiba waktu matang dan yakni minuman halia tersebut telahpun sedia untuk dipasarkan, halia akan dicairkan dengan air, gula dan asid sitrik dan di tapis. Kemudian dihantar ke pengilang untuk proses karbonasi dan pembungkusan
Sumber : Wikipedia.org
Diawal tadi mengenai perisa tersentak juga ada sebut "beer". Dalam hati, ada alkohol ke ?? Dari apa yang Ju dapat melalui pembacaan ni dan checking kandungan dalam botol yang Ju dapat, syarikat pengeluar sepenuhnya menggunakan bahan-bahan semula jadi. Penggunaan perkataan "Beer" pun lebih hanya untuk nama sahaja dan tiada tertulis pun dalam ni mengenai alkohol. Tapi kalau kau orang masih ragu-ragu, tak perlulah minum kan. Ju yakin takda penggunaan alkohol, jadi Ju teruskan minum pemberian dari rakan sekerja Ju ni
Bagaimana rasa soda Pink Grapefruit ni ? Seriously macam 100 Plus tau ! langsung takda rasa manis, lebih kepada rasa anggur dan halia. Bagus juga lah untuk tubuh badan, buang angin dan panaskan badan. Tapi Ju tak suka rasa gas soda tu. Dah nama nya minuman soda, memanglah bikarbonat kan sebiji macam minuman Pepsi dan lain-lain tu. Minuman soda dari Bundaberg ni boleh ja didapati dimana-mana mall terdekat. Tak pernah nampak ?? Ju pun sama, mungkin sebab sebelum ni tak ambil kisah kan. Jadi lepas ni boleh la cari-cari dekat mall terdekat kau orang. Harga pun sekitar RM 5.80, mungkin berbeza ikut tempat tertentu.
Cara nak buka botol minuman soda ni pula seperti yang kau orang tengok melalui gambar Ju kongsi ni, agak oldschool kan ? Sangat suka cara buka ni sebab memang membawa memori dulu gitew ! 😍
Cara nak buka botol minuman soda ni pula seperti yang kau orang tengok melalui gambar Ju kongsi ni, agak oldschool kan ? Sangat suka cara buka ni sebab memang membawa memori dulu gitew ! 😍