Quantcast
Channel: Junzie || Life is a Beautiful Struggle
Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Menarik di Sabah : Fish Spa Bombon Kampung Marakau, Ranau

$
0
0
Assalammualaikum 💕

Check out dari Homestay Muhibah Lembah Permai sekitar 10:00 pagi, short trip Pengantin Lama membawa kita orang ke Fish Spa, Bombon Kampung Marakau dimana kali pertama Ju jejak kaki ke sini dan agak teruja sebab dari pondok daftar dah nampak sekumpulan ikan koi berenang ditepian sungai seolah-olah menyambut kedatangan kita orang !😍


Menarik di Sabah : Fish Spa Bombon Kampung Marakau, Ranau

Terletak 10 minit dari Pekan Ranau dan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk kita orang sampai sebab bertolak dari Pekan Kundasang. Keadaan jalan raya dan cuaca yang terik juga salah satu faktor perjalanan kita orang lancar dan tiba awal dekat sini, alhamdulillah. Usai parking kereta, suami ke pondok kaunter untuk bayar yuran masuk di mana cas yang dikenakan ialah

Yuran Masuk :

  • Dewasa RM 3
  • Kanak-kanak RM 2

Waktu Operasi :
  • Buka setiap hari (07:30 pagi - 06:30 petang)

Baja Ikan
  • PERCUMA 1 pek seorang semasa daftar
  • RM 1 setiap satu pek untuk tambahan

Sedap mata memandang bila tengok persekitaran yang bersih dekat sini. Masa kita orang sampai, suasana agak lengang mungkin sebab cuaca terik dekat waktu tengahari. Kita orang pula semangat datang dekat sini sementara tunggu masa nak check in jam 12:00 tengahari ke Dream World Resort. Selepas bayar masuk, dapatlah seorang 1 pek baja percuma. Jika kau orang nak lagi baja ikan tu, second purchase kena cas RM 1 untuk se pek. 

Kebanyakan ikan dekat sini yang Ju nampak lebih kepada jenis ikan koi yang berwarna, kelebihan air sungai yang jernih menampakkan keindahan dan kuantiti ikan-ikan tu. Saiz pun kebanyakannya agak besar ! Sebelum masuk ke sungai, kau orang kena tukar dulu kasut/sandal kau orang dengan selipar yang disediakan. Masa nak masuk tu, seorang guide ajar kita orang camana cara yang betul untuk beri ikan tu makan iaitu dengan genggam kuat baja ikan kemudian baru masukkan tangan kau orang tu dalam air. Ikan akan sedut baja tu melalui celahan genggaman kau orang. Serius Ju tak berani ! Try buat, terasa mulut ikan tu nak makan terus genggaman tangan Ju HAHA. Dah nampak saiz ikan yang besar, tentulah mulut-mulut ikan tu pun besar. Tapi kau orang jangan risau, ikan-ikan koi ni TAK ADA GIGI. Tak sakit sebenarnya cuma geli ! Guide maklumkan juga, semakin besar saiz ikan tu, semakin lembutlah mulut seekor ikan tu.

Menurut guide juga, cara nak kenal jantina ikan koi ni ada 2 cara. Kenalpasti melalui jenis sisik iaitu kau orang usap badan ikan tu. Jika terasa kasar, ikan tu jenis jantan dan jika sebaliknya pula adalah betina. Sekiranya dengan cara usapan masih tak dapat kenalpasti jantina ikan, bolehlah rujuk dekat "bawah" ikan tu 😁

Encik Hamdan | 013 856 1101
Buka Setiap Hari | 07:30 AM - 06:30 PM

Pondok Kaunter

Suasana Fish Spa Bombon Kg Marakau

Baja Ikan RM 1 se pek

Guna selipar yang disediakan 




Facebook @BombonKgMarakau
Encik Hamdan | 013 856 1101
Buka Setiap Hari | 07:30 AM - 06:30 PM

Pelbagai saiz ikan koi

Antara saiz terbesar ikan koi dekat sini




Fish Spa Bombon Kg Marakau VS Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti

Jika kau orang baca entri Ju dekat sini Menarik di Sabah : Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau terdapat tawaran mandi dengan harga tertentu. Fish Spa Bombon pula tidak menyediakan pakej sedemikian memandangkan anak sungai kampung Bombon ni tak dalam berbanding Tagal Luanti. So, dekat sini kau orang cuma boleh duduk dekat tepian tu siap disediakan tempat duduk dan bagi makan dekat ikan koi yang datang.  Ikan koi bukan jenis ikan yang makan kulit-kulit mati kau orang, perbezaan ketara dekat situ berbanding ikan terapi yang ada dekat Tagal Luanti.

Selain itu, berbanding dengan Tagal Luanti, Ranau yang terletak satu jam perjalanan dari Pekan Kundasang. Dapat Ju lihat juga  harga dekat sini lebih murah berbanding Tagal Luanti, malah TIADA HAD MASA ditetapkan kepada pengunjung untuk berada disini. Jika kau orang pernah ke Tagal Luanti pasti kau orang tahu kan pihak pengurusan dekat situ menekankan masa setiap 30 minit sahaja untuk setiap pengunjung berada disungai bersama ikan-ikan tersebut. Ada baiknya juga terhad masa yang diberi memandangkan Tagal Luanti merupakan salah satu lokasi tumpuan untuk pengunjung singgah. Dengan jumlah pengunjung yang sukar dijangka, tidak mustahil kesesakan untuk masuk tu akan berlaku.

Facebook @BombonKgMarakau
Encik Hamdan | 013 856 1101
Buka Setiap Hari | 07:30 AM - 06:30 PM


Tarikan Labi-labi Gergasi, Adira si Pelanduk & Kucing Hutan - Fish Spa Bombon Kg Marakau, Ranau

Merentasi seberang sungai menggunakan titi buluh yang disediakan, Fish Spa Bombon Kampung Marakau juga menyediakan tarikan labi-labi, pelanduk, dan kucing hutan. Masa kita orang datang tengok kawasan labi-labi tu tak kelihatan labi-labi gergasi. Mungkin faktor cuaca, labi-labi tak naik dipermukaan. Kecuali seekor dua anak labi-labi bersaiz kecil

Disini juga kau orang boleh nampak laluan air sungai kecil yang siap dibahagikan dengan jaring disediakan untuk anak-anak ikan koi membesar. Bila saiz dan umur sesuai dengan tempoh matang, anak-anak ikan koi akan dilepaskan. Dalam satu sangkar pula, Ju lihat seekor kucing hutan yang sedang lena tidur dan bila Ju tengok lebih dekat, fizikal kucing ni menyerupai spesies kucing bakau dimana kebiasaan habitat kucing jenis ni berada dipinggiran sungai dengan menjadikan ikan, katak atau ular sebagai makanan. 


Kawasan labi-labi gergasi
Tempat pembiakan anak-anak ikan koi
Kucing Bakau


Paling mencuit hati Ju berada di Fish Spa Bombon Kg Marakau ni ialah tarikan seekor pelanduk atau payau dalam bahasa komuniti Sabah yang diberi gelaran "ADIRA". Automatik terimbas "ADIRA AF" tu ! 😂 Dari nama, boleh agak dah "Adira" ni betina.  Kita orang try bagi  makan sayur kangkung kegemaran "Adira" yang dijual dengan harga RM 1 untuk seikat. Bila turn suami, cuba pula tinggikan jarak bagi makanan tu sebagai cara nak tengok "Adira" berdiri dengan dua kaki belakang. Yeayy, "Adira" sporting bagi kita nampak kelebihan dia ! 💕

Jika kau orang tertarik nak ke sini, bolehlah rujuk Google Map yang Ju dah attach dekat bawah ni untuk memudahkan perjalanan kau orang. Selamat bercuti !

Adira si Pelanduk


Kredit Google Map untuk rujukan lokasi Bombon Kg Marakau


Facebook @BombonKgMarakau
Encik Hamdan | 013 856 1101
Buka Setiap Hari | 07:30 AM - 06:30 PM

Viewing all articles
Browse latest Browse all 94

Trending Articles